• e-Bazar Ramadan in Malaysia

EBROL e-Bazar Ramadan Malaysia

e-Bazar 2020 - Bazar Ramadan Rakyat Malaysia

Salam sejahtera
Di waktu ini, Kerajaan Malaysia telah mengeluarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara berikutan penularan wabak virus Covid-19 yang sangat mudah merebak dan telah menular kepada penduduk di Malaysia hingga ke peringkat setiap negeri. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya, institusi pendidikan tinggi awam dan swasta (IPT) serta institut latihan kemahiran, semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting.

Walaupun PKP ini berkuatkuasa sehingga 14 April 2020, samada larangan ini disambung atau tidak, akan ada prosidur yang tidak mengalakkan perhimpunan ramai di sesuatu kawasan sehingglah wabak ini dapat ditangani pada paras yang minimum dan terkawal.

Oleh kerana sudah hampir tiba tuntutan agama umat
islam untuk menjalani ibadah puasa di bulan ramadan serta diikuti sambutan hari raya Aidil-Fitri sebulan kemudian, ramai pada kebiasaan di tahun-tahun yang sebelumnya menanti-nanti kedatangan bulan ini untuk menambah pendapatan atau memperoleh pendapatan tahunan di bulan ramadhan. Akan tetapi tahun ini sangat berlainan. Tahun 2020 ini telah terdapat beberapa negeri mewartakan Bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi berikutan kesan Covid-19.

Kami, eBROL atau e-Bazar Ramadhan on-line, adalah sebuah syarikat kepakaran teknologi maklumat telah mengambil inisiatif dengan membangunkan sebuah pangkalan atau Portal bagi membantu para peniaga di seluruh negara agar dapat menjalankan perniagaan secara on-line atau atas talian yang telah digalakkan oleh pelbagai pihak diperingkat kerajaan demi memberikan kemudahan kepada orang-ramai justru membendung wabak Covid-19.

eBROL adalah suatu sistem perniagaan atas talian terbuka kepada para peniaga yang berhasrat menjalankan perniagaan dibulan ramadan pada tahun ini dengan melanggan perkhidmatan kami iaitu "Gerai E-BROL" atau "eBazar". Apabila anda telah melanggan, pihak kami akan mengaktifkan "Gerai eBazar". Para peniaga boleh memuat-naik kandungan text, grafik mahun pun video masing-masing kedalam "Gerai eBazar" tersebut. Pihak kami membina sistem ini bagi membolehkan peniaga menggunakan telefon pintar mudah-alih atau komputer peribadi secara mudah dan pantas. eBROL juga memberikan manafaat kepada para peniaga melalui sistem pemasaran digital yang diaktifkan oleh kami secara bersepadu bagi menambahkan capaian pemasaran para peniaga.

eBazar Ramadan Seluruh Malaysia